Konsert akhir program realiti kanak-kanak Ceria All Stars bakal menyaksikan lima finalis berentap untuk merebut gelaran juara pada malam ini.

Lima finalis yang dimaksudkan ialah Amira, Fikry dan Lilly manakala peserta berkumpulan pula diwakili oleh Learning Crew (LC) dan Born to Beat (BTB).

Sudah pasti persembahan kali ini merupakan antara yang paling sengit di mana lima finalis ini mempunyai bakat yang berbeza antaranya pandai bermain drum, melukis graffiti, dan juga menari.

Lebih istimewa, juri jemputan untuk konsert akhir Ceria All Stars merupakan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza.

Malah Datuk Siti juga akan membuat persembahan istimewa bersama dua juri tetap iaitu Nabil Ahmad dan Nora Danish manakala Jihan Muse pula bertindak selaku hos rancangan tersebut.

Nasib para peserta akan ditentukan berdasarkan 50% sistem pemarkahan juri dan 50% lagi adalah undian penonton (undian ditutup di penghujung rancangan).

Peserta mana agaknya yang berjaya menambat hati Datuk Siti Nurhaliza?

Saksikan pentas akhir Ceria All Stars malam ini (Jumaat) bermula jam 9 malam secara langsung di Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135).