Sebuah video vokalis kumpulan rock lagenda Search, Amy terjatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika membuat persembahan menjadi viral di laman sosial.

Kejadian terebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Amy dikatakan ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan hadapan, namun sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkannya terjatuh dari pentas.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gitaris berlari ke arah Amy sebaik sahaja vokalis tersebut terjatuh.

Sementara itu di akaun laman sosial Instagram, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut.