Aktor Bollywood, Aamir Khan mengakui sangat gembira sekiranya dapat bekerjasama dengan bekas bintang filem lucah, Sunny Leone.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Aamir menerusi akaun Twitternya yang membuat maklumbalas mengenai pandangan Sunny kononnya mereka berdua tidak mungkin akan menjalinkan kerjasama kerana kisah silamnya.

“Sunny, saya sangat gembira sekiranya dapat bekerjasama dengan anda. Saya tidak mempunyai masalah dengan kisah silam anda sebelum ini. Semoga kamu sentiasa dirahmati,” tulis Aamir menerusi Twitternya.

Tidak lama kemudian, Tweet tersebut mendapat perhatian Sunny yang meluahkan rasa gembira dengan respon diberikan oleh Aamir.

“Saya sangat gembira kerana anda memberi maklumbalas mengenai perkara ini!,” balas Sunny.

Menerusi temubual dengan sebuah program tv, Sunny telah ditanya mengenai kesediaannya untuk berlakon disamping Aamir.

Sunny walau bagaimanapun beranggapan perkara tersebut tidak akan berlaku kerana latar belakang yang sebelum ini sebagai pelakon filem lucah.

Temubual tersebut menjadi viral di media sosial kerana tindakan bijak Sunny menjawab segala soalan kontroversi yang dilemparkan kepadanya.

Sunny bakal muncul dalam sebuah filem komedi terbaru berjudul Mastizaade.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Daily Mail, Dailyo India