Selepas sah bercerai dengan Bella Astilah, pelakon Aliff Aziz mengemaskini akaun Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik sekeping fotonya semalam.

Malah buat pertama kalinya selepas pelbagai kontroversi dan isu panas melanda dirinya, Aliff membuka ruangan komen terhadap entri tersebut.

In life you never lose. Either you win or you learn.

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Tindakan Aliff itu telah memberi ruang ramai netizen untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang berlaku.

Tidak cukup dengan itu, Aliff terus dikecam dan dihina di atas perbuatannya sebelum ini yang telah berlaku curang bersama seorang remaja yang dikenali sebagai Nismell.

Namun, Aliff dilihat sabar dengan kecaman tersebut malah telah membalas satu persatu hinaan tersebut dengan tenang serta kata-kata yang baik.


Bagaimanapun, tidak kurang juga peminatnya yang telah memberi nasihat dan kata semangat yang baik buat aktor tersebut supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.



Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain.

Pasangan ini tekad untuk berpisah 16 Mei lalu selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Mohamad Ayden Adrean, 2.