Isteri kepada pelakon bertubuh sasa Ammar Alfian, Nelissa Nezam tampil mendedahkan bukti perbualan WhatsApps bersama suaminya sekali gus menafikan dia sengaja menabur fitnah.

Jelas Nelissa, Ammar telah sengaja memutar belitkan kenyataannya hingga menampakkan dirinya seolah-olah mereka-reka cerita tentang kecurangan suami sendiri.

"Saya takkan berdiam diri sementara penipu itu cuba untuk memanipulasi keadaan dengan menjadikan saya seperti penipu.

"Saya memohon maaf atas tindakan saya yang kurang rasional kerana mengutamakan bayi dalam kandungan dan kasihankan kamu.

"Semua yang saya katakan sebelum ini bukan fitnah.

"Saya tak perlukan kamu untuk memaafkan saya. Kamu seharusnya bimbang bagaimana untuk memaafkan diri sendiri.

"Inilah insan penakut yang terperangkap dalam penipuan sendiri. Sudah-sudahlah berpura-pura jadi mangsa," tulis Nelissa menerusi Instastory malam tadi.





Menerusi perbualan WhatsApp antara Ammar dan Nelissa, pelakon filem Paskal itu mengaku menipu dan memohon maaf kerana tidak berterus terang dari awal.

Isnin lalu Nelissa tampil mendedahkan kisah kecurangan suaminya kepada khalayak umum menerusi sebuah entri di Instagram.

BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?

BACA: "Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian


Ammar bagaimanapun memilih untuk berdiam diri dan memaklumkan isterinya telah membuat permohonan maaf ekoran tindakannya itu.

BACA: Ammar Alfian Telah Maafkan Isteri, Tapi Isteri Pula Kata 'Dont Make Me Pull Out Receipts'... Apa Jadi Ni?

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.