Pelakon Ammar Alfian memilih untuk kekal berdiam diri selepas dakwaan dirinya curang terhadap isteri heboh diperkatakan ramai.



Ammar memuat naik kenyataan terbabit di ruangan Instagram Stories (IGS) miliknya.

Selain itu, di entri IGS berasingan, Ammar juga memaklumkan bahawa dia telah memaafkan isterinya.



"Saya memilih untuk kekal berdiam kerana anda tidak layak mendapatkan kebenaran dari saya dan anda takkan pernah dapatkannya.

"Asalkan anda tahu isteri saya telah memohon maaf mengenai apa yang dia katakan dan saya telah memaafkan dia sama seperti saya telah memaafkan anda anda semua yang telah membuat spekulasi dan fitnah terhadap saya.

"Anda memilih untuk percaya cerita sebelah pihak. Untuk keluarga, mereka yang dikatakan kawan dan peminat palsu, jika anda disekat dan saya tidak mengikuti anda, ia kerana saya tahu dimana anda berada - menentang saya.

"Saya memaafkan anda semua tetapi saya takkan melupakannya. Terima kasih dan selamat berpuasa," tulis Ammar.

Namun begitu, IGS tersebut telah dipadamkan selepas ia dimuat naik.

Tetapi, isteri Ammar, Nelissa Nezam pula memberikan gambaran berbeza dengan memuat naik IGS seakan menyatakan sesuatu.



Semalam, Nelissa mendakwa suaminya curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.

BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?

BACA: "Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian