Pelakon Hisyam Hamid terganggu dengan perangai aktres Scha Alyahya dan melabelkannya sebagai wanita mempunyai ego yang tinggi.

Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur yang ditunjukkan oleh Scha membuatkan Hisyam annoying sehingga terpaksa menerima cabaran yang dibuat oleh Scha untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku itu hanyalah untuk drama terbaru adaptasi novel berjudul Isteri vs Tunang yang bakal bersiaran bermula malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), jam 10 malam.

Selain Scha dan Hisyam, drama tersebut turut menampilkan pelakon Sharifah Sakinah.

Drama bersiri Isteri vs Tunang arahan Michael Ang itu akan bersiaran selama satu jam pada setiap Isnin hingga Khamis.

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang hubungan antara seorang lelaki ego bernama Zaim Azfar (Hisyam Hamid) dan wanita keras keras kepala iaitu Alana Sofea (Scha).

Perangai tidak mahu mengalah masing-masing menyebabkan mereka sering berperang ibarat anjing dengan kucing.

Perkara menjadi lebih rumit apabila Alana telah mencabar Zaim untuk berkahwin dengannya ketika mereka bergaduh disebabkan berebut parking.

Zaim yang pantang dicabar terus bersetuju dengan tawaran tersebut menyebabkan Alana terkejut.

Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Atau mungkin berlakunya perang dunia ketiga apabila mereka berdua tidak mempunyai pendapat yang sama?

Mampukah Alana dan Zaim menjalankan tanggungjawab suami isteri dengan baik?

Saksikan Isteri vs Tunang setiap Isnin hingga Khamis bermula malam ini.

Jangan ketinggalan kerana anda mungkin akan terlepas babak-babak menarik yang berlaku antara Alana dan Zaim.

"eeii tempe !! ishkk nak kena dia ni !" AKAN DATANG #isteriVStunang mulai 1 Februari | Isnin - Khamis | 10 malam | Astro Ria dan Ria HD @hisyamhamid7 @schaalyahya @sharifah_sakinah

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on