Pelakon Didie Alias mampu menarik nafas lega kerana suaminya, Isham Ismail tidak kekok untuk menguruskan keperluan harian anak mereka, Muhammad Dayyan.

“Awal dahulu memang dia rasa janggal sikit untuk uruskan pakai minum Dayyan sebab Isham first time jadi bapa. Tapi lama kelamaan apabila saya ajar, dia mula beranikan diri,” jelas Didie Alias.

Jelas Didie lagi, dia turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa memastikan keluarga diurus dalam keadaan baik.

“Saya sangat bersyukur kerana Isham mampu uruskan Rayyan apabila saya sibuk. Selain menjaga Rayyan, suami turut menguruskan perjalanan karier saya.

“Isham seorang yang sangat penyabar walaupun terpaksa melayan kerenah anak dan saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Didie menjelaskan Rayyan seorang yang bijak dan sentiasa menjadi perhatian dalam keluarga besar mereka.

“Rayyan seorang yang aktif dan bijak. Dia cepat belajar dan rasa gembira kerana dia sentiasa buat kami ceria. Bukan maksud keluarga kami jenis yang serius tetapi sebab anak-anak yang lain sudah besar, jadi kehadiran Rayyan buat kami gembira,” katanya mengakhiri perbualan.

Apa tip menarik akan dikongsi Isham Ismail untuk ibu bapa di luar sana?

Jangan lupa untuk menyaksikan telatah bapa-bapa selebriti bersama anak mereka tanpa kehadiran ibu mereka, tonton Papa Hero Saya mulai 9 Disember ini di Astro Ria, setiap Rabu jam 9 malam.

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ingin menjadi terbaik buat anak mereka difacebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.