Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengirimkan ucapan yang manis sempena ulang tahun kelahiran adiknya Farah Nadia Yaakob.

Menurut Fazley, arwah bapanya sering berpesan untuk menjaga adik perempuannya itu sebaik mungkin dan dia akan memikul amanat tersebut.

Pemilik Suka Sucre itu juga memberitahu Nadia seorang adik yang baik dan berharap dapat bersama hingga ke hari tua.

“Happy birthday bee sayang.. adik bongsu balong yang amat balong sayangi. Arwah bapak selalu pesan, jaga bee elok2, kahwin kan bee dengan orang yang baik (hint hint @fir_lorax ), jangan sia siakan bee.

“Bapak pun cakap, insha Allah bee akan jadi tulang belakang balong, ternyata betul pesan bapak. Thank you bee for being such a wonderful sister, love you with all my heart and soul.

“Kalau balong dah tua nanti, bee jaga balong jugak tau sambil2 teman kaklong @azrene_ahmad , bila balong takde gigi bee suapkan makan, bila balong dah nyanyuk bee pasangkan IG video balong banyak2 to remind me of all the good memories we had as adik beradik, and kalau balong dah takleh jalan, bee papah balong sebelah and payish piyash piyush papah balong sebelah lagi tau!

“I will always protect you bee macam amanah bapak sebelum bapak pergi. Happy birthday bee sayang!! @nadyaakob,” tulisnya.

Fazley berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar adiknya bersama arwah bapa serta ibunya.

Rata-rata pengikutnya terhibur membaca kapsyen Fazley dan mendoakan kesejahteraan keluarga itu.