Susulan sekeping gambar ‘facepalm’ yang dimuatnaik oleh penyanyi dan pengacara Alif Satar di Instagramnya semalam, netizen lebih tertarik pada seutas jam tangan yang dipakainya.

Menerusi satu hantaran tweet dari @nazren404, dia mencari harga jam tangan Alif. Anda pasti tak percaya berapa harga jam tangan yang dipakainya menerusi gambar tersebut.



Jam tangan dari jenama Rolex Daytona itu dijual di pasaran bermula dari harga USD12,400 (RM51,750)!

“Pheweww”, jelasnya sambil menunjukkan gambar-gambar jam Rolex Daytona dengan harga RM121,390 dan RM381, 856 yang dijual di laman web Ubuy Malaysia.



Netizen turut sama mengagumi harga jam tangan Alif dan ramai juga yang bergurau Alif memakai jam Rolex gred AAA.Tweet tersebut sehingga kini telah mendapat hampir 11,000 retweet dan 7,000 likes.

Kelmarin, Alif memuat naik gambar tersebut berikutan selebriti Aliff Aziz yang telah ‘kantoi’ kali ketiga bersama seorang gadis berusia 16 tahun.

Sering disalahertikan sebagai Aliff Aziz dan turut sama dihentam oleh netizen, membuatkan Alif Satar ‘facepalm’!