Dalam kehangatan filem Ola Bola yang sedang rancak ditayangkan di pawagam, sebuah video yang membawa maksud yang sama seperti filem Ola Bola kini menjadi viral di laman sosial.

Seorang anak muda bernama Arif Idzni telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi 3:19 minit di laman sosial Facebook miliknya. Menerusi video tersebut, Arif telah menjalankan social experiment terhadap beberapa orang secara rawak tanpa mengira bangsa menggunakan sukan bola sepak.

Berikut merupakan kapsyen video tersebut:

“Jom layan video kitorang buat. Nak tengok bola boleh buat semua orang ngam. Tak kira uncle India tgh excercise, abg Cina tgh main basketball, adik kecik yang tengah main2. Semua boleh layan main bola bersama. Bola menyatukan semua! #FutsalBukitChedang #‎NoRacism #JDT #NegeriSembilan #Malaysia #HarimauMalaysia.”

Video tersebut telah mendapat perhatian pengguna laman sosial dan telah dikongsi oleh beberapa laman Facebook popular seperti SukanStar.com, Friends of BN dan banyak lagi.

Komen yang diterima oleh video tersebut sangat positif dan ada juga menyamakan video tersebut sama seperti karakter Ali, Muthu dan Tauke dalam filem Ola Bola.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Ola Bola yang sedang hangat ditayangkan di pawagam! Filem ini membariskan pelakon berbakat Bront Palarae dan wajah baru seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi.

Filem ini merupakan buah tangan terbaru sutradara Chiu Keng Guan yang pernah mengarahkan filem blokbuster The Journey. Gunakan hashtag #OlaBola #KembalinyaKeyakinan untuk berinteraksi mengenai filem ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Jom layan video kitorang buat. Nak tengok bola boleh buat semua orang ngam. Tak kira uncle india tgh excercise, abg cina...

Posted by Arif Idzni on Thursday, February 4, 2016