Jika minggu lalu Shaheizy Sam dilihat tidak duduk diam kerana melayan karenah peminat di auditorium, kali ini giliran Bunga Citra Lestari (BCL) pula.

Mungkin kerana tidak dapat menghadirkan diri ke program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) minggu hadapan, BCL mengambil kesempatan bermesra dengan penonton di Auditorium Dewan Teater Selangor, Shah Alam.

Menariknya, BCL tidak menolak pelawaan penonton apabila diminta untuk berselfie bersama malah sempat pusing satu auditorium untuk memenuhi permintaan para peminatnya.

Untuk pengetahuan penonton di rumah, kemunculan BCL pada setiap minggu akan disambut dengan tepukan paling gemuruh dan jeritan nakal penonton lelaki (terutamanya) di auditorium.

Sementara itu, BCL juga mengaku teruja setiap kali berada di kerusi juri MLM 2016 kerana kemeriahan dan aura positif diberikan peminat yang cukup bertenaga.

Astro Gempak kongsikan beberapa foto selfie BCL bersama peminat di sepanjang MLM 2016 minggu kedua: