Tinggal beberapa jam sahaja lagi pelakon Shaheizy Sam dan pelawak Atu Zero bakal bergelar suami dan nampaknya masing-masing sibuk menjelang hari bahagia mereka.

Shaheizy Sam pada malam Ahad telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Syatilla Melvin yang diadakan di kediaman keluarga bakal isterinya itu, di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Selain majlis bertunang, turut berlangsung malam berinai. Majlis pernikahan kedua-dua pasangan ini akan diadakan pada hari ini (Isnin) di kediaman keluarga Syatilla, disusuli majlis resepsi pada Selasa, di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Sementara itu anggota kumpulan Zero, Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kuna Doli Sharif, 24, pula sibuk dengan majlis malam berinai sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30.

Majlis akad nikah Atu dan Shafeeqa bakal dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan di Batu Pahat, Johor pada sebelah pagi, manakala majlis persandingan akan diadakan pada sebelah petang hari yang sama.

Sama-sama kita doakan urusan Sam dan Atu dipermudahkan.

Sebelum itu, jom kita tengok foto-foto menarik di sekitar majlis kedua-dua selebriti ini:

Kredit Foto: Instagram Atu dan Shaheizy Sam.