Dengan sekali lafaz anggota kumpulan Zero, Sharif Kuna Doli Sharif, 24 atau Atu selamat bergelar suami kepada pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30.

Pasangan ini diijabkabulkan pada pukul 10 pagi Isnin di kediaman pengantin perempuan di Batu Pahat, dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM30,000.

Pengantin perempuan memberi lima dulang hantaran dibalas tujuh oleh pihak lelaki.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan di lokasi sama pada petang ini, sementara di pihak lelaki akan berlangsung di kediaman Atu di Sabah selepas rumah pelawak itu siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Atu dan Syafeeqa berkenalan hampir setahun sebelum mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

“Saya kenal Syafeeqa sejak setahun lalu sebelum kumpulan Zero memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2015.

“Syafeeqa tidak memandang kepada darjat. Dia daripada keluarga berpendidikan, bapanya seorang bekas jurutera dan ibunya pegawai bank, namun menerima saya yang tiada apa-apa ini.

"Kalau diikutkan ramai lagi lelaki yang lebih berpelajaran yang mahukan dia, tapi inilah mungkin dikatakan jodoh.

“Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya sebagai anak seni. Itulah istimewanya dia di mata saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Atu, isterinya akan terus mengusahan butik Sastera Hijab yang terletak di Shah Alam.

Jom saksikan video akad nikah Atu di bawah serta beberapa foto menarik di sepanjang majlis pernikahannya pagi tadi:

A video posted by Official Hlive (@officialhlive) on




Sumber Video/Foto: Instagram Hlive!/ Atu