Terkejut Astro Gempak ketika menonton video pelakon Shaheizy Sam pengsan selepas sah bergelar suami kepada Syatilla Melvin malam tadi.

Rupa-rupanya juri Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) ini pura-pura pengsan untuk 'prank' isterinya!

Astro Gempak difahamkan, lakonan tersebut telah dirancang Sam untuk memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran isteri yang dikasihi, Syatilla.

Kasihan Syatilla yang tidak tahu apa-apa mengenai ‘rancangan jahat’ Sam itu, menangis teresak-esak disisi suaminya kerana terkejut.

Bagaimanapun suasana bertukar ceria semula apabila kek hari lahir dibawa keluar. Sweetkan pasangan ini?

Menurut laporan Berita Harian Online, Sam,34 dan Syatilla,25 sah bergelar suami isteri pada jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, Pulau Pinang.

Majlis akad nikah itu dikendalikan jurunikah, yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Syatilla menerima mas kahwin sebanyak RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat.

Kedua-duanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa, hari ini (Selasa).

Majlis resepsi pengantin lelaki pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.

Jom lihat foto menarik sepanjang majlis akad nikah Sam dan Syatilla:

Foto Kredit: Instagram TV9 Malaysia