Selepas kecoh beberapa bulan lalu pelakon Emma Maembong buka tudung, kini giliran Fathia Latif pula tampil dengan imej baharu, lapor Astro Awani.

Fathia dilihat tidak lagi memakai hijab malah kini dia tampil dengan rambut pendek.

Menurut laporan portal tempatan, Fathia tampil ke sebuah majlis pertunjukan fesyen dengan tidak mengenakan hijab dan dia tidak dipergaruhi oleh mana-mana pihak.

Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri dan dia memakai hijab ketika dulu hanya kerana dia sedang kecewa dan murung.

"Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kepada portal tersebut.

Di akaun Instagram miliknya, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latif, 32 tahun, telah memadam semua gambarnya yang memakai hijab sebelum ini.

Sumber: Astro Awani