Aktres Bollywood, Preity Zinta dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Gene Goodenough yang berasal dari Los Angeles.

Menurut laporan media di India, pasangan ini memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada bulan Mac atau April tahun ini.

“Majlis perkahwinan mereka hanya akan dihadiri oleh keluarga dan kenalan dalam Mac atau April. Tetapi tarikh perkahwinan mereka masih belum ditetapkan.

“Preity dan Gene cuba merahsiakan perkahwinan mereka. Ianya akan diadakan secara tertutup dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan dijemput. Preity Zinta sendiri akan menjadi perancang perkahwinan kelak,” jelas sumber terdekat Preity Zinta.

Tambah sumber tersebut lagi, Preity sibuk merancang dua resepsi gilang-gemilang bakal berlangsung di Amerika Syarikat dan India.

“Preity sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan dan meminta bantuan rakan terdekatnya. Dia mahu majlis perkahwinan diraikan secara besar-besaran di Mumbai,” tambah sumber tersebut lagi.

Terdahulu, Preity Zinta tampil menafikan dakwaan dia bakal berkahwin dan meminta pihak media untuk tidak campur tangan mengenai kehidupan peribadinya.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: India Tv News, NDTV