Tinggal 15 hari lagi umat islam bakal menyambut Ramadan dan seperti biasa, ramai yang mula mencari-cari juadah untuk bersahur dan berbuka.

Nampaknya, laman sosial Instagram (IG), milik pelakon Datin Paduka Eina Azman, 23, antara yang menjadi tumpuan netizen.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Eina akan memuat naik juadah dimasaknya dan bilangan yang menonton pula mencecah 300 ribu hingga satu juta orang.

Menariknya, walaupun memiliki gaya hidup mewah, ibu kepada pasangan kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 3, lebih gemar menyediakan hidangan tradisional atau masakan kampung.

Cara masakan yang ditunjuk juga simple dan mudah disediakan sehingga ada netizen yang mengaku mula belajar memasak selepas menonton video dikongsi Eina.

Pelakon Zombi Kilang Biskut yang memiliki 1.4 juta pengikut IG itu, juga sering mendapat pujian netizen kerana tidak lokek berkongsi resipi, petua masakan dan rajin melayan pertanyaan di ruangan komen.

Malah, pada ruangan kapsyen entri terbaharunya, Eina mengakui walaupun bukan seorang chef dia sangat ghairah mengenai makanan.

“Eina selalu masak for my family and friends. Bila mereka puji masakan kita, rasa confident tu datang. Lagi lah semangat nak masak dan kongsi inspirasi resipi dengan mereka semua!,” tulisnya.

Kepada pembaca Gempak yang tertanya-tanya nak masak apa untuk sahur dan berbuka Ramadan ini, rajin-rajinlah jenguk IG Eina Azman ya!

Semoga terinspirasi dan membantu!

Alhamdullilah done cooking Kurma Ayam, Ikan Kurau Masin Masak Lemak CiliPadi n Sambal Udang Petai for my special guest ??? #itsdonebyeinaazman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Alhamdullilah done cooking Ikan Siakap Steam Limau ? #itsdonebyeinaazman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Alhamdullilah dah siap buat Kuih Badak Berendam for hubs @datopadukakaiser ? #myfirsttrial ? #itsdonebyeinaazman

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on