Penyanyi Baby Shima mengakui akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar dan namanya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shima menjelaskan dia tidak mempunyai akaun peribadi di Facebook.

"Kepada admin akaun, tindakan dan laporan polis akan dibuat.

"Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni. Mohon report dan berhati-hati fake akaun.

"Shima tak mempunyai personal akaun Facebook, hanya mempunyai facebook pages. Harap maklum," tulisnya.

kepada admin acc..tindakan dan laporan polis akan dibuat...Wow!! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni... mohon report dan berhati-hati ..fake acc..shima tak mempunyai personal acc Facebook???hanya mempunyai facebook pages..harap maklum..

A post shared by Baby Shima DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Shima dan berharap agar individu terbabit dapat memadam akaun tersebut.