Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim memohon maaf sekiranya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram (IG) semalam megundang rasa tidak selesa di kalangan netizen.

Menurut Sherry, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang didakwa oleh ramai netizen sebenarnya getah 'tights' yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.

"Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah 'tights' yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

"Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

"Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya," jelasnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sherry turut mengatakan dia tidak mahu memadam foto itu dari akaun IGnya.

"Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya," tuturnya menutup bicara.

Neon why not ? ???

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


Sherry ditemui di tayangan Game of Thrones musim kelapan (episod pertama) bertempat di TGV One Utama malam tadi.

Siri kegemaran ramai ini kembali menemui penonton pada setiap Isnin bermula 15 April 2019 jam 9.00 pagi di Malaysia menerusi rangkaian HBO (411 dan 431 untuk saluran HD), Astro on demand, Astro Go dan NJOI dan ia ditayangkan pada hari yang sama dengan tayangan di Amerika Syarikat.