Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) berkongsi rasa duka terhadap pemergian bapa mertuanya, Ramesh Chandra Chibber di akaun Twitter miliknya.

Menurut SRK atau terkenal dengan gelaran King Khan, bapa mertuanya banyak mengajar pelbagai perkara yang berguna dalam hidupnya.

“Bapa mertua yang dihormati banyak mendidik saya pelbagai perkara yang betul dan salah dalam kehidupan saya. Paling utama adalah keikhlasan dan rasa syukur. Terima kasih MCA untuk sifat rendah diri anda selama ini,” luah SRK di akaun Twitter miliknya.

Chibber yang juga seorang bekas tentera berpangkat kolonel disahkan meninggal dunia di Hospital Escorts, New Delhi pada 1 Mac lalu.

Bapa mertua SRK dimasukkan ke hospital pada Khamis minggu lalu kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

SRK danan isteri, Gauri turut memberi penghormatan terakhir buat Chibber di tempat pembakar mayat di Lodhi pada pagi Rabu yang lalu.

Terdahulu, Chibber tidak bersetuju anaknya Gauri berkahwin dengan SRK kerana keadaan kewangan yang tidak stabil selain profesionnya sebagai seorang pelakon.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber oleh: Zee News, Hindustan Times, Pink Villa