Pelakon Remy Ishak diusik peminat selepas menerima jambangan bunga sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 37.

Lebih-lebih lagi apabila aktor kacak itu memuat naik tiga foto yang hampir sama dengan kapsyen yang berlainan sebanyak tiga kali.

Salam Jumaat! siapa bagi ni oi ?

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

“Salam Jumaat! Siapa bagi ni oi,” “Hahaha dapat bunga!” dan “Thank You,” tulisnya.

Salam Jumaat! siapa bagi ni oi ?

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Foto-foto itu merakamkan Remy yang tersenyum manis dan raut wajah yang sangat gembira sambil memegang jambangan bunga tersebut.

Thank You

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Melihat kepada gaya posting tersebut, peminat mula mengusik Remy dan membuat andaianya jambangan bunga itu diberikan oleh seseorang yang istimewa.

“Mesti someone special bagi ni... Sampai 3 kali post... Happy Birthday!” tulis @einazkhairunhafinaz

“Suka sangat dekat orang bagi bunga ni sampai 3x post @remyishak,” usik @mokdeyah

“Kan... Lain macam dia punya happy,” coret @sharifahmariam_alattas

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak dilahirkan pada 11 April 1982.

Foto: Instagram @remyishak