Pelakon filem Terbaik Dari Langit, Nadiya Nisaa atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 31, kini hamil anak kedua.

Berita gembira ini dimaklumkan oleh Nadiya menerusi akaun Instagram miliknya. Nadiya memuatnaik sekeping gambarnya bersama suami dan anak sulungnya dengan kapsyen berikut:
Happy Monday! Alhamdulillah just wanna share an awesome news dengan semua family & friends. InsyaAllah Omar akan dapat adik. Alhamdulillah rezeki tahun ini dapat menambah lagi 1 new member in my small family. Doa-doa kan semoga sepanjang pregnancy ini berjalan lancar sampai ke akhirnya. Amin... (Lompat bintang) #bullyingomar nak jadi big brother,” tulis Nadia.

Nadiya mendirikan rumah tangga dengan seorang pelukis, Saiful Razman Mohd Kassim pada Julai 2009. Mereka dikurniakan cahaya mata, Omar Saiful Razman yang kini berusia lima tahun.

Dalam perkembangan terbaru, lakonan Nadiya boleh ditonton menerusi drama bersiri Aku Bukan Bimbo. Bergandingan bersama Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Bell Ngasri dan ramai lagi, drama bersiri tersebut ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

Teks oleh: Kamaruddin Razal.