Pelakon Datuk Fizz Fairuz bakal mahu melakukan tindakan undang-undang terhadap seseorang.

Fizz memuat naik ayat, "Ada orang nak kena saman! Standby," di entri terbaru laman Instagram miliknya.

Ayat tersebut turut disertakan dengan kapsyen, "Mari kita tengok siapa menang game ni! Nak main-main kan dengan aku.. Tunggu!"



Di ruangan komen, pengikut laman Instagram Fizz mula berteka teki apakah maksud sebenar entri terbaru yang dimuat naik oleh pelakon tersebut.

Ada juga yang mengaitkan entri itu dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menuduh dan mendakwa Fizz merupakan individu bergelar 'Datuk Seri' yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita di Pulau Perhentian, Terengganu pada Jumaat lalu.

Terdahulu, isteri Fizz, aktres Datin Almy Nadia menerusi kemas kini laman Instagram menafikan suaminya terlibat dengan kejadian tersebut.



Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang individu bergelar 'Datuk Seri' yang berusia 40 tahun dan seorang wanita berumur 32 tahun ditangkap khalwat dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.