Penyanyi Hael Husaini telah melancarkan single terbaru yang berjudul Hari Ini.

Menurut Hael, Hari Ini sangat bermakna bagi dirinya kerana ia berbeza berbanding lagu sebelum ini.

"Hari Ini adalah single terbaru yang akan dilancarkan secepat mungkin, Insya-Allah pada hari ini (Jumaat).

"Saya boleh katakan ini adalah sambungan lagu Haram. Namun, peminat perlu dengar terlebih dahulu.

"Bagi saya lagu Hari Ini adalah sebuah lagu sangat istimewa serta bermakna," katanya kepada HLive.

Tambah pelantun lagu Jampi ini, single terbarunya menampilkan muzik pop.

"Lagu ini lebih ke arah pop yang jarang orang lain akan dengar saya nyanyikan.

"Kisah dalam muzik video itu anda kena lihat dan fahamkan. Saya nak kongsi banyak pun tidak boleh, nanti tak ada unsur kejutan," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).