Pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tv3 Malaysia, berkongsi video majlis akad nikah mereka yang berlangsung sebentar tadi.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.

"Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha," tulisnya.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri . Semoga berbahagia sampai akhir hayat ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ #aidilfasha . Jom saksikan LIVE di FB TV3Malaysia sekarang ??

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on


Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Pastinya ramai peminat setia Fasha dan Aidil tidak sabar mahu menantikan majlis perkahwinan mereka.