Penyanyi baru berketurunan India, Hashmitha muncul dengan single pertamanya yang berjudul Takkan Kembali.

Dilancarkan pada 15 Mac lalu, muzik video lagu yang berdurasi 6:22 minit ini menampilkan lakonan Hashmitha bersama pelakon kelahiran Singapura, Erwin Dawson.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian Gempak, di ruangan komen YouTube lagu terbabit, ada netizen yang mendakwa mereka mendengar suara bisikan misteri di minit ke 2:10.

Ada juga netizen mendakwa yang mastering lagu ini tidak disunting dan dilakukan dengan baik sehingga terdengar bunyi bisikan di minit terbabit.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa lagu ini 'berhantu' sehingga meremangkan bulu roma.



Namun begitu, syarikat rakaman Hashmitha, Datu Entertainment membalas komen salah seorang netizen dan menafikan perkara terbabit wujud ketika sesi rakaman lagu.



"Masa recording dan proses mixing dan juga mastering tiada suara bisikan ini," tulisnya.

Buat masa ini, lagu Takkan Terhenti telah meraih lebih 81,000 tontonan di laman YouTube.