Populariti ahli Running Man, Lee Kwang Soo tidak dapat dinafikan apabila kunjungannya ke Malaysia semalam (Khamis) menyebabkan ruang legar pusat membeli belah Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) sesak.

Lee Kwang Soo yang diberi gelaran sebagai Prince of Asia oleh peminatnya berada di negara ini sebagai duta dan juga untuk mempromosikan model terbaharu telefon pintar Samsung, Galaxy S7 Edge.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriah dan kehadiran Kwang Soo di sambut dengan gembira oleh para peminatnya.

Khas buat peminat Lee Kwang Soo, Astro Gempak kongsikan beberapa perkara menarik berlaku sepanjang acara tersebut berlangsung:

1. Untuk memastikan tidak terlepas peluang bertemu pelakon dan juga ahli Running Man ini, ada sebahagian peminat yang berkampung di sekitar KLCC sejak jam 2 pagi lagi.

2. KLCC sesak dibanjiri peminat Lee Kwang Soo dan ada diantara mereka yang membawa sepanduk semata-mata untuk menarik perhatiannya.

3.Jangan terkejut kerana peminat yang hadir bukan terdiri dari golongan remaja sahaja, tetapi yang berumur 30 hingga 40 tahun pun ada okay!

4. Paling menarik apabila peminat kena troll oleh pengacara yang mengumumkan kehadiran Presiden dan naib presiden syarikat pengeluaran telefon pintar berkenaan yang mana kedua-dua nama mereka bermula dengan Lee.

5. Tampil dengan memakai tuksedo hitam, KLCC mula bergema dengan laungan “Lee Kwang Soo! “Lee Kwang Soo!” “Lee Kwang Soo!” dengan kuat. Hebat! (Okay korang yang baca nombor 5 ni mesti dengan nada fanchant kan?)

6. Ha kalau nak tahu, Kwang Soo juga menunjukkan pose popularnya dalam Running Man dengan muka yang serius. Tetapi selepas itu dia tersenyum dan tertunduk malu sambil menutup muka dengan kedua belah tangan. (Alahai comelnya).

7. Cuaca yang agak panas membuatkan Kwang Soo berpeluh-peluh dan mengambil tisu untuk mengelap mukanya. Bagaimanapun dia tetap tersenyum dan ramah melayan karenah peminat ketika sesi autograph. (Aww macam mana peminat tak jatuh hati)



8. Menariknya lagi, perwatakan Kwang Soo adalah sama seperti apa yang ditunjukkan dalam program Running Man. Perangainya yang lucu memang tak dapat diubah.

9. Ramai yang memuji kekacakkan Kwang Soo setelah melihat sendiri wajah ahli termuda Running Man itu semalam.

10. Peminat sendiri dapat melihat betapa rendah dirinya Kwang Soo apabila dia sendiri turun ke pentas semata-mata tidak mahu menghampakan peminat yang hadir dan bersalaman dengan mereka.

11. Sewaktu sesi tanda tangan, tiada muzik dimainkan dan secara tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak melaungkan nama Kwang Soo dari tingkat satu dan jejaka yang juga dikenali dengan panggilan Girin itu kelihatan terkejut dan melambai-lambai kearah suara tersebut.

12. Aksi Kwang Soo begitu comel sewaktu sesi tandatangan apabila dia begitu gigih mengeja sambil menulis nama setiap peminat di atas helaian kad yang disediakan. Seramai 100 peminat bertuah yang berjaya mendapatkan tandantangannya. (Wow 100 peminat? Ha gigih ke tidak dia mengeja, comel kan?)



13. Ada peminat tidak melepaskan peluang bergambar dengan Kwang Soo di tempat meletak kereta di KLCC apabila secara kebetulan terserempak dengan jejaka tinggi lampai itu.

14. Kwang Soo menunjukkan ekspresi muka kecewa apabila dia tidak sempat untuk mengambil selfie bersama seorang peminat yang gigih menghulurkan telefon bimbitnya selepas dihalang oleh pengawal kerana kesuntukkan masa.

15. Sebahagian peminat berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal kepada figura popular itu.

Kredit Video: Instagram Tianchad


Here's the reason why we love #LeeKwangSoo. I wonder how @masijacoke850714 will feels like IF he saw this video ??? FULL VIDEO ON YOUTUBE : http://bit.ly/LeeKwangSooMY2016 TAG your friends who would want to see this & do SHARE with credit ya. There's a reason why I don't put watermark on this because I dont want to ruin the pictures and I trust you guys! #leekwangsooinmalaysia #leekwangsooinmy #girin #galaxys7edge

A video posted by TianChad @ 永遇乐 (TC) (@tianchad) on