Pelawak dan pengacara, Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hatinya, Anna Danisha dengan tiga lafaz.

Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, dinikahkan dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 26, dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran tepat jam 9.15 malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

Dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat, majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung pada esok (19 Mac) dan majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Julai, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan lalu, Shahrol dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Shahrol dan Anna! Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga hujung nyawa!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Kredit foto dan video: JoePRCInternational, ABK Pictures Production, Instagram @era_fm, @the.ksco & @officialmeletopkebaboom.


Video akad nikah @shahrol_shiro & @anna_danisha ... #shanna #liveupdateERA Video by @the.ksco www.facebook.com/kirikananstudio

A video posted by ERA FM (@era_fm) on