Astro Malaysia Holdings Bhd telah memperkenalkan Tribe, iaitu perkhidmatan over-the-top (OTT) video dalam talian yang berbeza kepada pelanggan video di ASEAN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan, perkhidmatanTribe bakal memberi pengalaman luar biasa kepada pelanggan.

"Tribe akan mendapatkan perkongsian menang-menang dengan syarikat telekomunikasi dan media tempatan dalam setiap pasaran untuk membina capaian serta hubungan dengan pelanggan secara bersama melalui kelebihan gabungan platform dan teknologi bagi memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan," kata Rohana Rozhan.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Tribe, Iskandar Samad berkata dia gembira dengan kerjasama denga Digital Axiata dengan pembinaan komuniti peminat untuk genre kandungan yang paling popular.

"Kami gembira untuk bekerja dapat Perkhidmatan Digital Axiata yang telah dilancarkan di Indonesia bermula hari ini.

"Kami berhasrat untuk membina sambungan sosial yang berkaitan antara pengguna melalui kandungan yang diambil," ujar Iskandar Ahmad.

Tambahnya, Tribe merupakan teknologi mudah alih pertama dimana penggunaan gabungan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia akan menyampaikan kandungan yang menggabungkan kedua-dua media sama ada secara langsung atau atas permintaan, dan matlamatnya adalah untuk menyediakan kandungan yang paling menarik di pasaran.

Bagi Indonesia, Tribe akan mula menawarkan kandungan langsung dan atas permintaan untuk peminat Korea, sukan dan filem-filem Asia.

Untuk kali pertama, peminat sukan akan menikmati kandungan acara suka secara langsung melalui saluran Fox Sports 1, 2 dan 3, termasuk liputan acara MotoGP, Bundesliga, Formula 1, UFC dan BWF (Badminton).

Peminat hiburan Korea akan dapat mengikuti program kegemaran mereka selang beberapa jam daripada tayangan perdana di Oh!K dan tidak lama lagi di Channel M.

Tribe juga menawarkan seleksi filem-filem Asia dan Indonesia dalam genre pelbagai termasuk seram, aksi dan drama.

Sumber: Astro Awani