Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Meletop (AME 2019).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.

“Mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada artis lain untuk bertanding.

“Jadi, kami menghormati keputusan yang dilakukan oleh Nabil dan Neelofa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih lagi kekal sebagai pengacara pentas AME 2019.

Selain Nabil dan Neelofa, Jihan Muse juga diumumkan sebagai pengacara untuk AME 2019.

Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019, jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada hari yang sama bermula 8.30 malam.