Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia di kediamannya lebih kurang pukul 1.10 pagi tadi.

Allahyarham mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku.

Pada Sabtu 2 Mac lalu, Allahyarham dibawa dengan ambulan ke Institut Kanser Negara (IKN) dan dikatakan berada di dalam keadaan tenat serta memerlukan penjagaan rapi.

Pada 7 Mac bersamaan hari Khamis, Allahyarham Wafa dibawa pulang ke rumah dari IKN oleh ahli keluarganya.

Allahyarham Wafa meninggal dunia di dalam keadaan tenang di samping suami dan ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga, teman-teman dan sahabat handai Allahyarham.