Pelakon Atikah Suhaime yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 hari ini sedih kerana impian untuk mendirikan rumah tangga pada Ahad depan tidak tercapai.

Menurut Atikah ia telah menjadi pengajaran dalam hidupnya supaya tidak merancang untuk berkahwin pada tarikh yang dekat dengan sambutan hari lahirnya.

Ini kerana, ia bakal menjadi sesuatu yang akan diingati hampir setiap tahun apabila menyambut hari jadinya.

“Lesson learnt never decide to plan a wedding to celebrate your birthday, for you will suffer each time birthday comes if something like that happened,” tulisnya

Atikah berkongsi perkara tersebut di IGStory menerusi akaun Instagram miliknya.



BACA: Tak Jadi Kahwin: Awi Rafael Mohon Ruang, Atikah Suhaime Akur Dengan Keputusan Keluarga

BACA: "I Thought I Could Fix Things At The Last Minute .." - Atikah Suhaime & Awi Rafael Tak Jadi Kahwin

BACA: "Niat Dihati Untuk Membina Masjid, Menutup Aib Dia Yang Dulu" - Awi Rafael Batalkan Perkahwinan Dengan Atikah Suhaime
Menerusi posting tersebut, dia meraikan hari jadinya bersama sebiji kek.

Namun Atikah tidak menggambarkan kesedihannya ketika sambutan hari jadinya itu, sebaliknya masih boleh tersenyum.

Awi dan Atikah sepatutnya dijadualkan bernikah Ahad ini namun semalam, masing-masing mengumumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan perkahwinan tersebut.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad ini.