Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, 28, sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan Ratu Dangdut, Amelina.

Aliff Syukri ketika sidang media berkata, D’Herbs telah melabur ratusan ringgit untuk mendapatkan Amelina sebagai duta produk perwarna rambut.

“Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu,” jawabnya selepas ditanya media mengenai bayaran kepada Amelina sebagai duta.

Dalam pada itu, pengasas produk D'herbs iaitu Datuk Aliff Syukri berkata, pemilihan Amelina dilihat berdasarkan penampilan penyanyi itu yang sesuai dengan produk berkenaan.

Tambah Aliff lagi, D’hers berminat untuk melantik Amelina sebagai duta produk pewarna rambut mereka kerana aura dan penampilan Ratu Dangdut itu yang sentiasa segar.

“Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan,” katanya.

Sementara itu, Amelina yang dilantik sebagai duta pewarna rambut D'Herbs memberitahu dia sememangnya seorang yang mementingkan penjagaan rambut.

Katanya, sejak kembali semula ke dunia hiburan, dia sentiasa memastikan penampilan rambutnya berubah dan segar.

"Saya tidak sangka ditawarkan menjadi produk pewarna rambut ini, ia bermakna ada pihak yang sentiasa memerhatikan penampilan kita sebagai artis.

"Saya pula memang fanatik sedikit tentang rambut dan sejak dari dulu memang imejnya berubah-ubah supaya orang tidak bosan," ujarnya.