Penyanyi Aiman Tino tampil memberi penjelasan berhubung isu video lucah mirip wajahnya yang tersebar semalam.

Menurut Aiman, dia dan pihak pengurusan sedang memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

[BACA: Video Lucah Mirip Aiman Tino Tersebar?]

Aiman tidak berniat untuk memanjangkan isu tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak cuba membangkitkannya sehingga ia jadi berlarutan.



Semalam, sepotong rakaman video lucah mirip penyanyi muda Aiman Tino tersebar di Twitter

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, lelaki berkenaan melakukan beberapa aksi mengghairahkan dalam keadaan berdiri dan mengiring.

Sambil menyentuh kemaluannya, aksi di dalam sebuah kamar tidur itu kelihatan sengaja dirakamkan berdasarkan interaksinya dengan kamera.

Namun, bahagian kemaluan lelaki itu ditutup menggunakan grafik stiker.

Sebelum ini, beberapa artis lelaki tempatan pernah terpalit dengan kontroversi video dan gambar lucah antaranya mirip Idris Khan, Syafiq Kyle, Ammar Alfian dan Ameer Forteen.