Pelakon Fasha Sandha menerima kecaman netizen kerana mengenakan pakaian yang ketat ketika berhijab.

Rakaman video itu dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

"Apabila seorang photographer berbangsa cina berkali-kali puji ibu cantik berhijab..Amin terharu," tulisnya.

Rata-rata pengikut Fasha di IG menjadi 'mak cik bawang' kerana penampilan Fasha menampakkan bentuk badannya.

Malah ada segelintir netizen yang meninggalkan komen 'nakal' di ruangan entri tersebut.



Walau bagaimanapun, terdapat peminat Fasha mengambil keputusan tidak menghiraukan penampilan diri Fasha malah memilih untuk memuji kecantikkan dirinya.



Fasha memilih untuk berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut.

Apabila seorang Photographer Berbangsa Cina berkali2 puji ibu cantik berhijab.... Amin.. terharu. . . . #hanyakhirkhalid @ckayliow @khirkhalid @abushaefhamza

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on