Penyanyi yang dikenali dengan jolokan Raja Runut Bunyi, Ippo Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Fara Roslan pada 24 Ogos ini.

Pada Ahad lalu, Ippo bersama keluarganya bertandang ke rumah Fara di Setia Alam, Selangor untuk majlis merisik.

Ibu Ippo, Zahariah Ibrahim menyarungkan cincin di jari manis Fara sebagai tanda penyatuan hubungan dua jiwa.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya mengenali Fara pada bulan September tahun lalu tetapi kami tidak rapat. Pada November, Fara menjadi model untuk muzik video single terbaru saya, Saat Bahagia dan selepas itu, kami mula mengenali satu sama lain.

"Majlis yang berlangsung pada hujung minggu lalu hanyalah majlis merisik. Kami bersepakat tidak mahu mengadakan majlis pertunangan dan mahu terus bernikah sahaja pada 24 Ogos ini," kata pelantun lagu Kekal Bahagia ini.

Mengenali hati budi masing-masing kurang setahun, Ippo dan teman wanitanya mencapai kata sepakat untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

BACA: Laa... Ingatkan Ippo Hafiz Dah Kahwin, Rupanya....

"Saya sendiri tak sangka hubungan saya dan Fara sampai ke tahap ini kerana pada mulanya, ramai yang salah sangka saya dan Fara telah berkahwin selepas melihat foto 'behind the scene' ketika penggambaran muzik video Saat Bahagia, sedangkan pada ketika itu kami hanya berkawan sahaja.


"Sebenarnya, kami tidak bercinta dan hanya mengenali hati budi masing-masing. Sebelum ini, kami pernah melalui fasa percintaan yang tidak menjadi dan enggan lagi mengulangi perkara yang sama.

"Selepas itu, kami rasakan wujud keserasian antara kami berdua dan sudah tiba masanya untuk melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan kami sendiri berharap urusan menjelang tarikh perkahwinan akan berjalan lancar, Insya-Allah," kata Ippo lagi.

Ippo mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sebagai komposer dan mula dikenali dengan single Rahsia yang menjadi runut bunyi drama bersiri Teman Lelaki Upahan pada tahun 2015.

Janji ALLAH tidak pernah luput ? . #prayforhappiness #ippoxfara . ? @thesweetendings ? @makeupbywiwin

A post shared by @ fararoslanx on

Satu langkah kehadapan, terima kasih Tuhan, berkat doa semua kami bakal menuju “Saat Bahagia” ?✨bersama . ? by @thesweetendings . #IppoXFara #Ippo&FRthewedding #ippohafiz #FaraHafiz

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on