Pelawak dan pelakon, Zizan Razak bakal mengeluarkan single terbarunya bersama penyanyi, Ismail Izzani.

Menurut Zizan, dia memilih Ismail kerana genre dan muziknya yang agak berlainan.

“Saya memilih Ismail kerana dia adalah antara artis yang saya minat dan suka. Dia juga merupakan salah seorang artis yang membuka ruang industri kita untuk menampilkan sesuatu yang berlainan.

“Bukan saya kata lagu-lagu yang sedia ada ni tidak okay, bagus semuanya cuma Ismail telah membuka ruang genre lagu yang R&B yang agak lain sedikit.

“Jadi lagu-lagu sebegitu juga adalah antara minat saya walaupun saya tidak mampu untuk buat seperti itu. Ismail juga ada bertanya saya sebelum ini untuk buat lagu,” katanya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).