Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman bersalin anak lelakinya, Haziq Macquistan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia berjaya bersalin secara normal selepas empat jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin.

"Masyaallah. Saya terima kiriman gambar dari peminat saya. Terima kasih. Saya sendiri tak ada gambar ni. Masa saya bersalinkan Big Boss tahun 2001.

"4 jam uols saya bertarung nyawa bersalin secara normal. Lahir berat Big Boss cuma 2.9kg je tapi lepas tu, bagai kena pam badannya tapi sekarang ni dah menggalah pulak. Dah 6 kaki tingginya. Jangan tak muat pintu sudah.

Masyaallah... ? Saya terima kiriman gambar dari peminat saya.. Terima kasih @jelapangpadimai ?. Saya sendiri tak ada gambar ni.. Masa saya bersalinkan Big Boss tahun 2001..4 jam uols saya bertarung nyawa bersalin secara normal .. Lahir berat Big Boss cuma 2.9kg je tapi lepas tu,bagai kena pam badannya tapi sekarang ni dah menggalah pulak..Dah 6 kaki tingginya. Jangan tak muat pintu sudah ?.. Syukur yang tak terhingga sebab selamat melahirkan dan saya di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat pertama yang datang ziarah saya ialah Seniwati @lisbon05 .. Pengorbanan seorang ibu di saat melahirkan.. Semoga anak-anak akan ingat dan berbakti kepada ibu yang melahirkan mereka.. @ihmian Saat ibu melahirkan ni ada macam -macam dugaan tapi ada juga yang senang.. Tapi ada juga yang sampai tumpah darah dan meninggal selepas melahirkan.. ? Uols pulak berapa jam dalam labor room? . . Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #laborroom #anak #anugerahallah #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


"Syukur yang tak terhingga sebab selamat melahirkan dan saya di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat pertama yang datang ziarah saya ialah Seniwati @lisbon05.

"Pengorbanan seorang ibu disaat melahirkan. Semoga anak-anak akan ingat dan berbakti kepada ibu yang melahirkan mereka.

"Saat ibu melahirkan ni ada macam-macam dugaan tapi ada juga yang senang, tapi ada juga yang sampai tumpah darah dan meninggal selepas melahirkan. Uols pulak berapa jam dalam labor room? Hebat Bukan?," tulisnya.

Menerusi ruang komen, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bersalin dan mendoakan kesihatan Jasmin.