Mawi mungkin tidak senang duduk menantikan filem arahan pertamanya, Tiada Tajuk muncul di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.
Bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga ini sangat beruntung kerana dia tidak berseorangan. Ramai rakan-rakan selebriti turut sama mempromosikan filem pertamanya ini.
Ramai selebriti seperti pengarah terkenal Syamsul Yusof, pelakon Johan As'ari, Imam Muda Asyraf dan lain-lain yang berkongsi poster filem Tiada Tajuk ini di Instagram masing-masing tanda sokongan mereka.
. TIADA TAJUK tribute to GILA-GILA Arahan : @cahayaasmawi Jurugambar : @thehitmannazri @ekinmawi konsep dan idea : @kukubesihir senireka : @kukubesihir . poster movie terbaru aku untuk Mawi , selepas aku berjumpa dengannya dan mendengar briefing dari dia tentang sinopsis filem dia ni aku mula memikirkan dan mendapat bayangan pasti untuk membuat poster filem dia ini kelihatan seperti kulit majalah kartun GILA-GILA yang sangat popular satu masa dahulu , sebenarnya selepas poster ini di lancarkan beberapa hari lepas , ramai mula memperkatakan poster ini seperti majalah gila2 , ujang dan gelihati... haaa ok lah tu mesej aku sampai n berjaya kekekekekek . selepas meneliti gambar2 yang telah di ambil oleh jurugambar di lokasi oleh Thehitman Nazri , ianya semakin pasti yang aku memang akan buat poster ini look n feel dia macam gila-gila sebab dulu masa kecik memang aku nak jadi kartunis pon dan memang aku membesar dengan gila2 . by the way sumber inspirasi aku sejak kecil adalah Pak Jaafar Taib , aku rasa dah berpuluh kali kot aku tulis about how karya Pak Jaafar Taib ini mempengaruhi karya kukubesi selama ini , kalau ikutkan xperimental beberapa poster filem sebelum ini, aku dah buat untuk kelihatan seperti kulit buku sama ada novel atau pun majalah lama , contohnya filem Lebuhraya Ke Neraka , Rock Bro dan juga terbaru adalah Hantu Kak Limah semuanya dari suteradara Mamat Khalid , ketiga2 poster ini memang feel dan soul dia memang sangat dekat dengan vintage drawing , magazine and novel , cuma untuk karya poster kali ini aku betul2 dapat soulnye untuk seperti dan seakan akan kulit majalah gila-gila pada zaman 80an , mungkin sebab zaman tu aku masih kecil n terlalu terpengaruh dengan kehenseman lukisan n kartun2 , maka sampai dah tua dan anak dah dua ni pun aku masih terbayang2 moment ketika aku berusia 8-12 tahun yang hidup aku di sinari oleh kartun2 dari majalah gila-gila . tahukah anda gamba mawi dalam poster di ambil oleh isteri mawi , @ekinmawi menggunakan handphone :-) , boleh ke gamba phone buat poster? . bersambung...... . #kukubesimanipulasi #tiadatajuk #jaafartaib #mawiworld
A post shared by EMPAYAR KUKUBESI® (@empayar.kukubesi) on Mar 4, 2019 at 7:29am PST
Terbaru, Empayar Kukubesi turut membuat poster istimewa filem Tiada Tajuk dengan tribute kepada majalah Gila-Gila.
Anda jangan lupa untuk saksikan filem pertama arahan Mawi ini di pawagam berdekatan anda bermula 4 April 2019.
Kredit Gambar: Instagram
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam. Jom strim sampai habis! Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas! Saksikan #DrPontianak Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO Terbitan: KL MOTION PICTURES CO. Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain. #AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan" Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev