Tidak lama selepas memenangi Pelakon Lelaki Tebaik menerusi filem “The Revenant”, aktor Leonardo DiCaprio melawat Taman Negara Gunung Leuser yang terletak di Aceh Ahad minggu lalu.

Lawatan tersebut turut ditemani dua orang rakan artis yang lain iaitu Adrien Brody dan Fisher Stevens.

Mereka ke Aceh untuk melihat hidupan liar di sekitar Pusat Penyelidikan Ketambe seperti Gajah, Orang Utan dan beberapa jenis haiwan liar yang semakin pupus.

Selain mengadakan lawatan di stesen penyelidikan, Leo yang tiba dengan helikopter, sempat bermesra dengan penduduk tempatan selain para pelajar di sekolah rendah di Ketambe.

Menurut laman web rasmi Gunung Leuser, Loe dan rakan-rakan menghabiskan masa selama dua jam bermesra dengan Orang Utan di Pusat Penyelidikan Ketambe.

Leo juga antara akitivis alam sekitar melindungi Aceh yang sedang mempunyai masalah penebangan hutan serius.

Jom kita layan foto-foto menarik Leonardo DiCaprio di Aceh:

Sumber: Jakarta Post, BBC Indonesia