Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad dalam hidupnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sharnaaz berkongsi video gelagat anaknya bersama isterinya, Noor Nabila.

"Kurniaan Allah paling indah, paling bermakna dalam hidup aku.

"Aku tak berharta, tak berduit itu tak penting selagi bernafas hang lah nyawa baba @jebatjayden.

"Baba sayang hang dunia akhirat," tulisnya.

Kurniaan Allah paling indah, paling bermakna dalam hidup aku.. aku tak berharta, tak berduit itu tak penting selagi bernafas hang lah nyawa baba @jebatjayden .. Baba sayang hang dunia akhirat..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Jayden dan mereka turut mendoakan kebahagiaan Sharnaaz bersama Nabila.

Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos 2018.