Selama hampir 8 tahun memberikan berita hiburan terbaik kepada pembaca, portal Murai.com.my bakal ditutup bermula 1 April 2016.

Team editorial dengan kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan pengikut setia kami kerana tidak henti-henti memberi sokongan kepada portal Murai.

Sesungguhnya, tanpa sokongan anda portal kami tidak akan mencecah sehingga 6 juta pembaca sebelum ini.

Tidak dilupakan kepada karyawan, pelakon, pemuzik, komposer, produser, pengarah dan seluruh penggiat industri seni yang turut memberi kerjasama sepanjang portal Murai beroperasi.

Peranan mereka juga banyak memberi sumbangan dalam memberikan info, gosip dan perkembangan terbaru mengenai karier mereka.

Jangan sedih kehilangan kami, anda boleh terus layari www.astrogempak.com.my untuk berita hiburan yang terkini dan sensasi.

Sekali ini, kami ingin ucapkan terima kasih dan diharapkan anda terus menyokong program-program hiburan tanah air.

Sayangi industri hiburan kita!