Anak-anak gelandangan di Yayasan Chow Kit terkejut melihat permainan lego boleh dimakan dan teruja apabila mengetahui ia berperisa coklat.

Gelagat comel anak-anak kurang bernasib baik ini dapat dilihat pada episod ke-12 program Semanis Fondant baru-baru ini.

Episod baru-baru ini sedikit berbeza kerana mereka menerima tempahan kek untuk sambutan hari lahir puluhan kanak-kanak yang juga penghuni Yayasan Chow Kit.

Chef Adu dan Shalma telah bertemu dengan wakil Yayasan Chow Kit untuk berbincang mengenai tempahan kek kepada anak-anak di rumah kebajikan tersebut yang belum pernah menyambut hari lahir masing-masing.

Bakers Team sangat teruja setelah mendapat penerangan daripada Chef Adu untuk tempahan kek lego ini. Mereka dibantu oleh tiga orang chef jemputan kerana proses menyediakan kek kali ini sangat rumit kerana merangkumi banyak elemen figura.

Sementara itu, Chef Imelda cuba menonjolkan diri sebagai ketua dalam membuat kek ini kerana lego merupakan kegemarannya. Namun, Chef Sherry agak berasa kurang senang dengan tindakan Chef Imelda itu yang kelihatan sedikit 'bossy'.

Kek lego yang lengkap dengan dekorasinya sedia untuk dihantar ke majlis sambutan hari lahir anak-anak Yayasan Chow Kit. Anak-anak yang kurang bernasib baik ini berasa sangat teruja apabila melihat kek hari jadi pertama mereka.

Mereka bagai tidak percaya melihat lego berwarna warni di depan mata mereka itu sebenarnya kek dan boleh dimakan.

Saksikan Semanis Fondant episod akhir pada Isnin ini jam 9.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).