Pelakon baru, Oktovia Manrose tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah di ruangan Instastory berhubung kontroversi bersama suaminya, penyanyi, Aliff Aziz.

Kesal dengan kenyataannya sebelum ini, Oktovia mengakui kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri.

BACA: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan, Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.

“To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.

“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulisnya.

Mengaku akan kesalahannya, Oktovia menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan tersebut kerana terkejut dengan kecaman netizen.

“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me but I deserve it.

“I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you, I tak patut nak cerita fasal hal rumah tangga you.

“I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InshaAllah,” jelasnya.

Terdahulu, nama Oktovia menjadi panas selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersamanya.

BACA: "Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk" - Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose?

Selain Oktovia, Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

BACA: "Kebenaran Sudah Reveal, You Should Clean Your Name Back" - Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama Dari Kontroversi Aliff Aziz, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.