Pelakon dan juga anggota Running Man Song Ji Hyo sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila foto pra-perkahwinan bersama aktor dari Taiwan, Chen Bolin didedahkan.

Ji Hyo kelihatan anggun menyarungkan busana berwarna putih manakala pasangannya segak bergaya dengan sut hitam.

Difahamkan foto-foto bekonsepkan pra-perkahwinan itu diambil menerusi sesi fotografi untuk sebuah majalah pengantin di China.

Keserasian dan kemesaraan Ji Hyo yang ditunjukkan dalam foto tersebut menjadi bualan di Korea dan China yang rata-ratanya menganggap mereka amat serasi.



Perkara itu juga tidak dapat dinafikan oleh peminat setia Monday Couple yang mengakui Ji Hyo dan Chen Bolin kelihatan seperti pasangan kekasih.

Lebih-lebih apabila Ji Hyo dan Chen Bolin kini merupakan pasangan suami isteri dalam rancangan realiti berjudul We Are In Love yang diinspirasikan menerusi program We Got Married versi Korea.

Dengan berlatar belakangkan laut, pasangan ini nampak begitu romantik dan jelas kelihatan menerusi foto tersebut.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto sweet Song Ji Hyo bersama ‘suaminya’, Chen Bolin.