Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak dua minggu lalu.

Nabil berkata dia tidak menyangka selepas hampir lima tahun bercinta, Sarah kini sudah bersama dengan lelaki lain.

“Ya, benar kami sudah putus dan surprisingly Sarah sudah pun move on dengan lelaki lain.

“Saya terkejut bila tengok di Instagram miliknya dia sudah bersama dengan orang lain. Baru sahaja.


“Bagaimanapun tidak dinafikan memang ada terjadi perselisihan faham antara kami sehingga membuat kami mengambil haluan sendiri,” katanya.

Nabil ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran produk kosmetik Anas di Flora Terrace pada Isnin.

Nabil diminta mengulas mengenai huhungan mereka selepas dilihat telah memadam gambar mereka berdua di laman Instagram.

Pun begitu, Nabil meminta supaya bertanya sendiri kepada Sarah mengenai hal itu, biarpun menyedari terdapat perbezaan versi cerita antara mereka berdua mengenai punca perpisahan berkenaan.

“Saya pun sukar nak ulas mengenai punca perpisahan kami, namun apa yang saya boleh katakan tiada lagi persefahaman antara kami berdua.

“Lagipun saya sebenarnya sudah menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri Sarah sejak beberapa bulan lalu setelah berasa ada jarak antara kami,” jelasnya.

Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu mengambil tindakan memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial.