Tidak hanya hebat di layar perak, ketampanan dan karisma dimiliki Shah Rukh Khan merupakan faktor utama beliau berjaya mencipta nama di Bollywood.

Oleh itu tidak hairanlah jika pelakon filem Kuch Kuch Hota Hei ini menjadi kegilaan dan pujaan wanita diseluruh dunia.

Mencecah usia 50 tahun, pelakon yang digelar King Khan ini membuktikan usia bukan penghalang untuk dia sentiasa kelihatan muda dan segak bergaya.

Menerusi portal Bollywood Life, mereka membuat perbandingan wajah King Khan mengendong anak lelakinya Aryan Khan ketika berusia tiga tahun dan 15 tahun.

Apa yang menarik perhatian, wajah King Khan tidak kelihatan tua tetapi kekal awet muda seperti di awal kemunculannya di Bollywood.

Menerusi foto tersebut, peminat yakin ketampanan King Khan bakal diwarisi Aryan yang kini berusia 19 tahun.

Terdahulu, pelakon Dilwale itu berkongsi rahsianya sentiasa kelihatan bertenaga dan kekal muda dengan mendedahkan, dia tidak pernah mengambil makanan ‘Junk Food’ dan rajin bersenam.