Pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar dikritik netizen selepas satu video yang dimuatnaik di akaun Facebook butik milik Mawar menjadi viral.

Video yang memaparkan orang ramai berebut-rebut mengambil nombor giliran untuk membeli tudung dibutik tersebut menerima banyak komen negatif oleh netizen.

Lebih-lebih lagi menerusi video tersebut jelas kelihatan wajah Mawar dan Fizo tersenyum lebar melihat keadaan ‘hura-hara’ yang berlaku di hadapan butiknya membuatkan pasangan ini teruk dikecam.

Rata-ratanya berasa kurang selesa dengan tindakan pasangan itu yang dianggap sengaja mendedahkan kejadian itu dengan riak dan berniat niat untuk menunjukkan betapa popularnya butik berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian itu juga turut menjadi tanda tanya di kalangan netizen sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau orang ramai itu sebenarnya telah dibayar oleh pasangan tersebut untuk melakukan gimik promosi

Ini kerana dalam video itu bukan hanya kaum wanita sahaja yang berebut sebaliknya kaum lelaki juga nampak begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor giliran.

Berikut merupakan beberapa komen yang diberikan oleh netizen:





SERANGAN GANAS SWEETLUV FAREEDA

A video posted by FAREEDA (@fareedascarf) on