Pelakon Azwan Kombos mendakwa dirinya terpedaya dengan pihak yang menghasilkan iklan untuk produk perniagaannya.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Menurut Azwan, dia telah membayar wang sebanyak RM 10,000 kepada pihak tersebut yang menjanjikan kualiti iklan bertaraf antarabangsa kepadanya, namun begitu, hasil kerja pihak berkenaan tidak menepati apa yang telah dijanjikan.

"Bukan nak aibkan orang yang buat iklan ini, saya pun tak nak sebut nama mereka.

"Mereka ingat saya orang kaya senang-senang nak keluarkan bajet RM 10,000 untuk buat iklan ini?

"Mereka berjaya yakinkan saya untuk buat iklan ini, yakin boleh buat iklan bertaraf antarabangsa katanya, saya pun melabur saja lah.

"Tapi kalau dah macam ini hasilnya, saya nak marah siapa? marah diri sendiri saja lah sebab tak check background mereka betul-betul," tulisnya di ruangan kapsyen.

Di entri tersebut, Azwan berkongsi video iklan yang dimaksudkannya itu.

Bukan nak aibkan orang yang buat iklan ni, saya pun xnak mention la nama diorg. Diorg ingat saya ni orang kaya ke senang2 nak keluarkan budget RM10k untuk buat iklan ni? Mcm2 aku boleh beli dgn rm10k tu. tp diorg berjaya yakinkan aku utk buat iklan ni. Diorg yakin boleh buat iklan bertaraf antarabangsa katanya, okay, aku pun invest je la. Tapi kalau dah mcm ni hasilnya, aku nak marah siapa? Marah diri sendiri la sebab tak check background diorg betul2. Bila aku komen pasal video ni, mcm2 alasan diorg bagi, antaranya “bayar harga ni, dapat nilai mcm tu la”. Serius lah?? Aku sebenarnya tak terfikir pun lagi nak buat iklan berskala besar konon2nya mcm ni. Baik aku restock @vermillionmalaysia je dari buat video membazir ni. Korang tgk sendiri la, dengan audio tak jelas, grafik copy paste, editing tak payah cite la, korang pun boleh nilai sendiri. Saya rasa mesej tu tak berapa sampai melalui video ni. Kualiti gambar pun,, haih,, international apa?? Buat penat je tukar2 baju, shooting 17jam, tapi ni je diorg bagi. Lainkali aku nak shoot pakai phone je lagi bagus. Kalau sembang, pokok pun boleh terbang. #storyofmylife

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on


Ekoran perkara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Azwan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.